Ada 5 langkah Penjagaan Asas Kulit Muka.
1. Pencuci Muka (Cleanser)
Pencuci muka adalah asas utama dalam penjagaan kulit muka dan kalau kita tengok rutin mana-mana jelitawan daripada seluruh pelosok dunia, kita akan jumpa yang mencuci muka adalah langkah pertama yang mereka lakukan.
Fungsinya simple, untuk mencuci segala kotoran yang ada di kulit wajah.
2. Toner
Pada umumnya ramai yang mengatakan toner ni mengeringkan muka yang majoritinya adalah golongan 40 tahun ke atas. Kenapa macam tu? Mengikut sejarah toner ni dulunya lebih kepada untuk merawat kulit berminyak dan berjerawat. Dan toner dahulu formulasinya mempunyai kandungan alkohol yang tinggi. Dan masih ada toner sekarang yang mempunyai kandungan alkohol yang tinggi.
Pada masa kini kandungan toner yang berasaskan air dan berfungsi untuk melembapkan kulit. Terdapat juga jenis toner yang berbeza, kandungan toner selalunya mempunyai asid, glycerin, dan anti-oksidan. Secara saintifiknya, toner adalah cecair yang cepat meresap ke dalam kulit yang melembapkan dan membantu mengembalikan kulit ke PH semulajadi.
Jadi fungsi toner ni adalah pembasah awal kepada kulit muka. Kalau nak ikut terminologi makeup, boleh dianggap sebagai primer sebelum melembapkan kulit ekan lagi dengan lebih mendalam.
3. Exfoliator- Pengelupasan
Apa itu exfoliator?
Exfoliator ni tugas dia adalah untuk mengelupaskan lapisan sel kulit mati yang ada di muka.
Kenapa perlu pengelupaskan ataupun exfoliate kulit?
Kulit mempunyai beberapa lapisan dan lapisan paling atas akan berganti secara purata setiap 28 hari. Secara semulajadi kulit ini akan mengelupas sendiri, akan tetapi oleh kerana banyak faktor yang boleh kacau proses ni, kulit tidak dapat mengelupas dengan sempurna. Oleh sebab itulah dengan menggunakan exfoliant membolehkan kulit muka untuk sentiasa digantikan baru dengan sempurna.
Terdapat 2 jenis exfoliant:
- Exfoliant berasaskan bahan kimia
Exfoliant jenis ini datang daripada jenis alpha-hydroxy acid (AHA) seperti glycolic acid ataupun beta-hydroxy acid (BHA) seperti salicylic acid.
- Exfoliant fizikal
Scrub dan Masker ataupun produk yang ada bintik-bintik kecil kasar tu kan? Inilah selalunya dipanggil exfoliant fizikal.
4. Moisturiser: Kekalkan Lembapan di Muka
Fungsi moisturiser ni mudah, untuk mengekalkan kulit kita lembap dan sihat. Istilah moisturiser ni luas sebenarnya. Oleh itu kita kena faham apa yang berlaku bila kita nak formulasikan ataupun buat moisturiser ni.
Bahan yang ada dalam moisturiser
- Air – Ya bahan utama yang ada dalam semua moisturiser adalah air, yang mana dengan sendirinya adalah moisturiser yang lemah kerana air mudah tersejat.
- Occlusive – Bahan yang mengelakkan air dalam moisturiser daripada mudah tersejat.
- Humectant – Bahan yang menyerap lembapan di udara dan memegangnya untuk melembapkan kulit. Contoh humectant adalah seperti glycerin dan alpha hydroxy acid.
- Emolien – Digunakan untuk memenuhi ruang di antara sel dan kulit. Emolien melembutkan dan melicinkan kulit.
- Bahan pengawet – Digunakan untuk mengelakkan moisturiser mudah rosak dan dijangkiti bakteria.
Bila kita tahu apa yang ada dalam moisturiser ni, kita boleh tahu yang mana moisturiser yang bagus berfungsi seperti berikut:
- Menambahkan kelembapan ke seluruh lapisan kulit.
- Mengekalkan lembapan di lapisan teratas kulit.
- Menghalang lembapan daripada mudah tersejat daripada kulit.
5. Sunscreen & SUNBLOCK: Lindungi Kulit daripada Sinaran Matahari
Perlindungan, yang ni ramai yang abaikan. Bab perlindungan ni, kalau kita tinggal dekat Malaysia yang sentiasa mendapat sinar matahari sepanjang tahun memang tak boleh diabaikan.
Kesemua empat langkah sebelum ni jadi sia-sia sahaja kalau tak melindungi kulit daripada sinar matahari.
SPF ni adalah singkatan untuk Sun Protection Factor.
Apa maksud SPF ni? SPF ni digunapakai untuk menganggarkan jumlah sinar UV yang diperlukan untuk membakar kulit pemakaian produk perlindungan tu.
Kalau anda jenis yang suka teknikaliti, formula kiraan SPF ni adalah seperti berikut:
Nombor SPF X Masa kulit terbakar tanpa perlindungan = Masa kulit terbakar dengan perlindungan
Untuk fahamkan lagi, contoh sunscreen SPF 10 dan purata masa yang diambil untuk kulit terbakar di bawah sinaran matahari adalah 30 minit.
Kalau pakai sunscreen tadi,
10 X 30 minit = 300 minit
Bermakna daripada 30 minit tadi, kulit yang dah disapukan sunscreen beleh bertahan daripada terbakar dalam masa 5 jam.
Apa beza label UVA dan UVB?
UVA = A dalam UVA ni merujuk kepada “Aging” ataupun penuaan.
UVB = B dalam UVB ni pula merujuk kepada “Burning” ataupun faktor pembakaran.
Sinar matahari mempunyai kedua-dua UVA dan UVB ni.